Home Ekonomi Cara mohon pengeluaran i-Lestari

Cara mohon pengeluaran i-Lestari

Bangunan KWSP di Jalan Raja Laut

KUALA LUMPUR- Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk membuat permohonan pengeluaran i-Lestari boleh menggunakan tiga kaedah yang telah ditetapkan.

Ahli perlu mengemukakan borang yang telah lengkap diisi secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); atau menghantar e-mel ke [email protected] atau secara pos ke alamat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci, No. 22, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (iLestari).

Dalam satu set soalan lazim mengenai Pengeluaran i-Lestari yang dikongsikan Kementerian Kewangan, ahli hanya perlu membuat permohonan sekali sahaja tetapi pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang ke dalam akaun bank ahli.

Bayaran pengeluaran akan mula dibuat pada Mei 2020.

Berikut adalah butiran lanjut soalan lazim mengenai pengeluaran i-Lestari:-

 

+ posts

2 Komen

  1. Jika saya tiada account bank adakah saya layak untuk membuat pengeluaran wang kwsp saya?bagaimana kah cara pihak kwsp menyalurkan wang tersebut kepada saya?

Comments are closed.