KUALA LUMPUR – Para pelabur antarabangsa menjual RM1.79 bilion ekuiti tempatan dari Bursa Malaysia minggu lepas, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Research).
Bagaimanapun, berbanding dengan enam negara ASEAN yang lain, Malaysia mempunyai aliran keluar bersih asing yang ketiga paling rendah pada masa ini.
Setakat ini, jumlah aliran keluar asing dari Malaysia mencapai RM7 bilion.
“Isnin mencatatkan aliran keluar bersih asing besar sebanyak RM520.4 juta, yang terbesar dalam sehari sejak Jun 2018.
“Ini selari dengan kejatuhan 4.8% dalam bursa tempatan berikutan kebimbangan mengenai kejatuhan ekonomi global akibat pandemik koronavirus lebih signifikan daripada kadar faedah kecemasan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS),” kata firma penyelidikan itu.
Beliau berkata, aktiviti jualan bersih asing kekal tinggi kepada RM383.5 juta pada hari Selasa susulan Perintah Kawalan Pergerakanyang diumumkan oleh kerajaan Malaysia pada malam sebelumnya.
“Pasaran tempatan juga mengambil petunjuk kejatuhan 12% dalam saham-saham AS semalaman, kejatuhan terbesar sejak 1987 berikutan kenyataan Presiden Donald Trump gangguan Covid-19 yang mungkin berlanjutan ke musim panas.
“Optimisme awal mengenai rancangan rangsangan Amerika Syarikat untuk memerangi kesan koronavirus pudar, menyebabkan jualan bersih RM321.6 juta pada hari Rabu,” katanya.
Adam berkata, momentum jualan bersih asing perlahan kepada RM308.6 juta pada Khamis manakala bursa tempatan menurun kepada 1,219 mata, tahap yang tidak dilihat sejak rakan serantau, iaitu Indonesia dan Filipina, menurunkan kadar faedah susulan pandemik global.
“Hari ini menandakan hari ke-22 jual-beli dijalankan secara berturut-turut, juga menyaksikan penurunan nilai bersih asing yang mencecah kurang daripada RM300 juta kepada RM260.2 juta, bersamaan dengan kenaikan bursa sebanyak 6.9%.
“Pada hari yang sama, pengurangan 100 mata asas Bank Negara Malaysia dalam keperluan rizab berkanun berkuatkuasa,” kata MIDF Research.
Dari segi penyertaan, nilai dagangan harian purata (ADTV) pelabur asing melonjak 20.7% kepada RM2.07 bilion. – MalaysiaGazette