
KUALA LUMPUR – Tan Sri Rais Yatim meminta kerajaan memburu dan mendedahkan identiti penyangak yang cuba mengaut keuntungan daripada penjualan topeng muka ketika negara cuba mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, kenaikan harga topeng muka disebabkan terdapat insan yang mencari keuntungan daripada kesangsaraan masyarakat yang sedang berhadapan dengan virus tersebut

“Sekarang baru sedar kenapa harga sehelai topeng sampai RM2 (yang biasanya 70 sen).
“Cari penyangak2 ini – dedahkan,” katanya dalam akaun Twitter.
Berikutan itu, Rais meminta Menteri yang baharu menyertai Kabinet jangan hanya pandai mengumumkan harganya sahaja. – MalaysiaGazette
Jika benar dakwaan rai5 , saya setuju. Cari penyangak. & dedahkan.
Menteri yang buat pengumuman itulah kepala penyangak Rais ooi! Tok sah nak lindung geng PN hang tu. Bukti adalah dalam kenyataan Menteri itu sendiri dalam suratkhabar. Dia beria-ia merekomen harga dinaikkan pada RM2.00 pasal apa pun tak taulah. Kononya untuk menggalakkan kilang tempatan. Kepala bapa dia! Tok sah cuba tuding jari pada taukeh2 kilang.