KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berkata kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum KWSP berjumlah RM40 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu perkara yang tidak wajar.
Menurut Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid, kerajaan perlu mencari alternatif lain bagi membantu rakyat semasa penularan Covid-19 dan bukannya menggunakan KWSP sebagai langkah separuh matang.
“Kami menyarankan pendapatan asas kecemasan ditentukan oleh kerajaan segera untuk rakyat bawahan mempunyai wang tunai untuk berbelanja.
“Dalam konteks ini, mengeluarkan wang simpanan KWSP adalah tidak wajar. Wang simpanan itu adalah untuk persiapan masa tua memandangkan simpanan rakyat secara sendiri masih rendah.
“Ini bukan masanya kerajaan hanya melancarkan langkah separuh matang, tetapi hendaklah merangka dengan segera dan menyeluruh langkah pelan ekonomi kecemasan yang mantap sebelum terlambat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Muhyiddin pada Isnin berkata pencarum KWSP dibenar mengeluarkan wang simpanan di Akaun 2 melalui pengeluaran i-Lestari bagi menampung keperluan keluarga berikutan wabak Covid-19 yang melanda negara.
Muhyiddin berkata, permohonan boleh dibuat bermula 1 April depan.
Ia tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.
Inisiatif itu dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 bilion.
Dalam pada itu, MAPIM menggesa kerajaan supaya merangka segera satu pakej ekonomi khas untuk mengharungi jangkaan kegawatan ekonomi yang bakal berlaku akibat wabak Covid-19.
Ini kerana dunia dijangka mengalami kelembapan ekonomi dan keadaan itu pasti pasti akan membawa kesan kepada semua negara di dunia.
“Hanya negara yang memiliki keupayaan melindungi ekonomi domestik, terutama dalam menjamin keperluan asas untuk rakyat bawahan, akan mampu bertahan.
“Di kala ini semakan terhadap semua keperluan asas rakyat sama ada makanan mahupun perkhidmatan utama seperti rawatan kesihatan dan pengangkutan awam, perlu dilakukan segera.
“Pendapatan negara ternyata akan terjejas teruk kerana Malaysia adalah negara perdagangan. Negara yang bergantung besar kepada pelaburan luar dan perdagangan eksport pasti akan mengalami keadaan yang sangat rumit,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Azmi berkata, kejatuhan ekonomi dunia akan memberi kesan berantai yang akan mengakibatkan kehilangan pekerjaan, pendapatan dan ketidakupayaan menampung perbelanjaan harian rakyat biasa.
Oleh demikan, beliau mencadangkan agar suatu bajet baharu dirangka semula berdasarkan kos pengurusan dan pendapatan negara yang kini sudah berubah.
“Kami menyarankan negara berada pada tahap persiapan (preparedness mode) untuk menghadapi ekonomi yang sangat sukar.
“Perbelanjaan domestik perlu diurus dengan sangat cermat dan seluruh mekanisme dan prosedur perbelanjaan dinilai semula,” cadang beliau. -MalaysiaGazette
Kalau kau ada rm50 dlm wallet , lain yg tinggal rm500 dlm tabung, kau rasa nak tunggu tan sri2, datok2 , pengarah2 dll wat budget dulu ke korek tabung dulu.. Kau kalau wit pencen bnyak, mungkin anak2 huluq rm5000 sebulan, rumah sewa berderet, dll hasil mahsul… yg kau dengki sangt org nak pakai wit kwsp apahal.. Jgn pai org ckp dah tua2 pun bodoh..
Mapim nk bg duit ke utk rakyat?? Klu ko tak dpt bg duit utk rakyat , ko tak pyh nk ckp byk ya..smua krjaan buat utk rakyat bkn utk org lain..satu lg, terpulang kpd pcarun utk kluar or tak..yg ko duk myalak tu apa sal..mmg ngo budoh lh..sarangan pm utk kluar kn kwsp , adalh bgus n bijak..krajaan prihatin kpd rakyat…duit ngara sudah kurang gara2 puak2 krjaan anjing dap kfir harbi rembat duit rakyat..
Mapim duk kondem terus…bagi lah idea mcm mana nak bagi wang belanja kpd rakyat yg susah? Yg tak blh pi kerja..gaji tak de..Sejak GST dihapuskan oleh regim DAP dan Guan Eng menimbunkan hutang mana kerajaan nak cari duit?? Dulu zamqn Najib bnyaklah duit blh bagi BRIM dll..Duit Petronas 80 billion yg regim PH sakau pun entah kemana pergi…kondem sedaplah bro..otak tak de..
Pak cik Kau bagi pinjam duit kau lah jika cadangan kerajaan kau x setuju , cadangan tu untuk orang yg memerlukan ,tahu nk free saja dato ni
Lu org mapin pandai cakap dan komen kerjaan je tp satu usaha untuk rakyat pun tak ada memang pd dasar nya duit tu untuk masa tua….tp klu dah x ada nak belanja pun appa salah nya keluar untuk kegunaan sendiri dan keluarga klu duit sendiri tak leh guna apa guna nya menyimpan lagi pun kerjaan tak paksa suruh keluar hanya sapa rasa perlu bleh keluar…klu kau nak jadi bodoh jgan ajak org lain ikut kebodohan kau…duk diam2 atau bantu kerjaan mengatasi masalah covid 19.
Duit aku. Kenapa semua orang sibuk. Kalau lu mau kasi ok lah. Dari Nuaq sampai lu apasal sibuk sangat. Lu sama Nuaq masa Tun takut nak mampus… Diam sampai takdak suara. La nie dok meroyan tak dapat jado pm ka