Demi mengelakkan jumlah isi rumah yang keluar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), umum mengetahui bahawa kerajaan menetapkan hanya satu orang atau ketua keluarga dibenarkan untuk membeli barang keperluan.
Sejak arahan itu dikeluarkan oleh Menteri Kanan, Datuk Seri Fadillah Yusof pada 21 Mac yang lalu, rata-rata pasaraya kini dikunjungi oleh kaum lelaki yang membuat pembelian bekalan makanan seharian.
Rupa-rupanya, perkara ini bukanlah suatu yang ganjil buat kaum lelaki sehingga ia menjadi perdebatan di media sosial sejak kebelakangan ini.
Sebaliknya kebanyakan yang ditemui MalaysiaGazette memaklumkan mereka sudah biasa dan tidak canggung membeli ‘barang dapur’ tanpa isteri.