Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dicadangkan supaya menghadkan waktu operasi premis perniagaan di Pasar Borong Kuala Lumpur.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata langkah itu adalah bagi mengurangkan bilangan pekerja asing yang bekerja premis barang basah dan sayur-sayuran yang berurusniaga.
Katanya, dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan awam di pasar tersebut, aktiviti penglibatan ramai termasuk pekerja asing di setiap premis di pasar berkenaan tidak diperlukan untuk mengurangkan risiko pandemik Covid-19 dan memutuskan rantaiannya.
“Di Pasar Borong KL ini, terdapat ramai pendatang asing yang memiliki Kad UNHCR dan dokumen perjalanan yang sah dan bekerja di setiap kedai di sini keseluruhannya berjumlah 440 buah kedai borong.