SUNGAI PETANI – Pergorbanan doktor dan jururawat yang bertugas di barisan hadapan dalam menangani wabak Covid-19 begitu besar dan disanjungi.
Prihatin dengan tugas doktor dan jururawat yang mencabar itu, UMNO Bahagian Sungai Petani menyampaikan sumbangan 150 bungkus nasi beriani kepada doktor dan jurrurawat serta kakitangan sokongan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani semalam.
Ketuanya, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff berkata, diharapkan sumbangan kecil yang disampaikan ini dapat menceriakan kakitangan HSAH itu.
“Sumbangan nasi beraini ini diadakan dengan kerjasama Restoran Nasi Kandar Hussain,” katanya.
Dalam pada itu, Shahanim memberitahu, UMNO Sungai Petani sedia bekerjasama dengan pihak-pihak yang berminat menyampaikan sumbangan kepasa doktor dan jururawat yang bertugas di HSAH selepas ini.
“Pihak berkenaan boleh menyumbangkan apa sahaja jenis makanan kepada.kepada mereka yang berkhidmat di barisan depan membantu rakyat Malaysia,” katanya.- MalaysiaGazette