TERKINI : 73 Anggota Kesihatan KKM Positif Covid-19 – Noor Hisham

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 73 anggotanya dikesan positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan ini bukan disebabkan oleh pengendalian kes positif Covid-19 di fasiliti Kesihatan KKM.

“Daripada jumlah tersebut, didapati punca jangkitan bagi 47 kes atau 64.4 peratus adalah berkaitan dengan majlis perkahwinan yang juga dihadiri oleh mereka yang menghadiri perhimpunan tabligh.

“Lain-lain punca adalah seperti sejarah melawat ke luar negara dan dari kontak keluarga yang positif Covid-19,” katanya dalam sidang media di pejabat KKM, hari ini.