Sejak Peritah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu dan kini dilanjutkan pula sehingga 14 April depan, sudah pasti banyak pihak terkesan dengan langkah itu.
Dengan jumlah yang positif wabak Covid-19 semakin meningkat ditambah pula angka kematian kini mencecah 21 kes, sudah pasti petugas perubatan antara barisan hadapan yang paling sibuk hingga tidak cukup rehat.
Sebagai menghargai pengorbanan barisan hadapan khususnya doktor, jururawat, pembantu perubatan dan kakitangan hospital serta klinik kesihatan, pelbagai sumbangan diagihkan khususnya makanan dan minuman.