Laporan MalaysiaGazette mengenai sikap tidak peduli warga asing yang tinggal di sekitar Pasar Borong Selayang terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak Covid-19 ternyata telah berjaya menarik perhatian pelbagai pihak.
Tidak ketinggalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim yang terus menyebut video MalaysiaGazette sebaik tiba di Pasar Borong Kuala Lumpur untuk melakukan tinjauan tentang pematuhan PKP dalam kalangan warga asing di situ.