PETALING JAYA – Sudah 10 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, namun masih ada yang berdegil keluar rumah tanpa sebarang alasan yang munasabah.
Nak kata mereka tidak faham, masing-masing sudah besar panjang malah usia sudah pun melebihi 20 tahun.
Apabila ditahan polis, bermacam alasan diberi termasuk alasan-alasan yang tidak masuk akal seperti mana yang berlaku pada lima anak muda yang ditahan polis gara-gara engkar arahan PKP malam tadi.
Ketika ditahan dalam Op COvid-19 di sekitar Taman Medan di ini, antara alasan yang diberi termasuk membeli makanan di Kuala Lumpur sedangkan mereka tinggal di Subang Jaya, bertemu adik, selain tidak sihat.
Ada juga yang memberi alasan tidak begitu arif dengan perintah kawalan pergerakan malah tidak pasti juga dengan wabak Covid-19.
Ada juga warga asing yang bekerja di negara ini menggunakan peluang cuti yang diberika majikan untuk bersiar-siar.
Hasilnya lima orang telah ditahan oleh Pols daerah Petaling Jaya yang melakukan operasi terjah Op Covid-19 selain bertindak mengarahkan gerai-gerai yang masih dibuka seleas jam 11 malam ditutup serta menahan menahan pemilik bagi memberikan keterangan.
Polis yang sebelum ini lebih berlembut dan memberi nasihat kini berrtukar nada kepada lebih tegas kerana masih ramai lagi ingkar arahan kerajaan.
MalaysiaGazette berkesempatan mengikut pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) PJ melakukan rondaan sejak jam 12 tengah malam tadi.
Kami juga difahamkan kesemua yang ditahan akan dibawa ke IPD bagi dirakam kenyataan, jika berpuas hati akan dilepas atau ditahan atas kesalahan ingkar.
Menurut Pegawai Cantas Ops Covid-19 IPD PJ, ASP Affendy Mohamed Nor, pihaknya sudah melakukan pemerhatian serta teguran dari awal kuatkuasa PKP namun masih ada yang degil.
“Dengan menggunakan kekuataan lima pegawai dan 15 anggota kami telah melakukan sekatan jalan raya sebelum menahan lima suspek termasuk warga asing dari Mynmar dan China.
“Ada bagi alasan beli makanan untuk bos, ambil teman wanita dan banyak lagi yang tidak munasabah.
“Ada juga gerai yang beroperasi lebih masa, semua ini kita bawa ke balai sebelum kita siasat mereka bawah akta kesalahan PKP,” katanya kepada pemberita sebentar tadi. -MalaysiaGazette