Home Sukan Kelab EPL dilarang guna perkataan ‘null and void’

Kelab EPL dilarang guna perkataan ‘null and void’

LONDON – Kelab-Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) diberi amaran supaya tidak menggunakan frasa ‘null and void’ atau tidak sah dan terbatal ketika membincangkan pelan kontinjensi untuk musim ini.

Arahan itu dikeluarkan selepas kebimbangan meningkat dalam kalangan kelab-kelab England itu bahawa liga musim ini yang masih tertangguh akan terus ditamatkan tanpa dilengkapkan.

Laporan di England mendakwa Ibu Pejabat EPL sudah dihantar kepada setiap kelab untuk menggunakan frasa ‘ dibatalkan’.

Ini kerana ia dikatakan akan menyediakan perlindungan undang-undang ke atas penyiar yang menagih rebat dalam kontrak penyiaran tahunan bernilai 3 bilion pound.

Dengan EPL masih berbaki lebih 12 perlawanan, Sky Sports, BT Sports dan penyiar antarabangsa yang akan menuntut tuntutan separuh jika kempen tidak tamat.

Kedudukan rasmi kelab dalam carta EPL kekal tanpa perubahan dan komited untuk melengkapkan musim ini yang dijangkakan akan menyatakan pendirian menerusi sidang video melibatkan 20 kelab.-MalaysiaGazette