DUBAI (Reuters) – Kemudahan kesihatan di Iran adalah kuat dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes COVID-19 di negara itu.
Perkara tersebut diumumkan oleh Presidennya, Hassan Rouhani pada Sabtu menerusi siaran secara langsung di televisyen.
Iran merupakan antara negara di dunia yang mencatatkan kes paling banyak akibat wabak tersebut.
Pada Jumaat, Kementerian Kesihatan negara itu melaporkan angka kematian akibat COVID-19 adalah seramai 2,378 dan jumlah jangkitan yang telah disahkan adalah 32,332 kes.- Agensi