Jumlah kematian akibat wabak pandemik Covid-19 meningkat kepada 26 orang. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kes kematian ke-24 membabitkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 34 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.
Manakala kes ke-25 membabitkan pesakit berusia 83 yang mempunyai latar belakang sakit kronik, katanya.
Tambah beliau pesakit tersebut telah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 25 Mac lepas dan meninggal dunia pada pukul 6.55 petang semalam.