Kerajaan telah memperuntukkan RM20 juta bagi proses disinfeksi sebagai langkah mengawal penularan pandemik Covid-19 di negara ini.
Peruntukan itu disalurkan ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi proses nyahkuman di seluruh negara khususnya kawasan kluster Covid-19 termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Peruntukan itu untuk seluruh negara dan akan meliputi kawasan-kawasan yang meruncing antaranya Kuala Lumpur.
“Untuk peringat awal peruntukan RM20 juta telah dipohon melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk operasi serta merta,” kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.