Home Politik UMNO terima penutup hidung dan mulut dari China

UMNO terima penutup hidung dan mulut dari China

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii (kiri) menerima sekotak topeng hidung dan mulut dari Penasihat Politik Kedutaan China di Malaysia, Yue Jun di Kedutaan China, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 28 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – UMNO hari ini menerima penutup hidung dan mulut dari China menerusi kedutaannya yang akan diagihkan kepada barisan hadapan yang bertugas menangani penularan wabak Covid-19.

Dalam masa yang sama Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Razlan Rafii berkata, topeng tersebut akan diedarkan kepada ahli parti tersebut sebagai langkah berjaga-jaga daripada wabak Covid-19.

Razlan menambah, negara tersebut tetap menunjukkan keprihatinannya terhadap Malaysia meskipun turut terjejas teruk akibat serangan wabak yang bermula di Wuhan sebelum ini.

Sehubungan itu Razlan mewakili Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan penghargaan terhadap kerajaan China yang tidak jemu menghulurkan bantuan tanda sokongan kepada Malaysia.

“Kita baru sahaja menerima bantuan daripada kerajaan negeri China kita akan menggunakan topeng muka ini untuk kita bahagikan kepada barisan hadapan kita dan ahli parti parti.

“Saya sampaikan terima kasih saya daripada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ini salah satu saat penting juga apabila Malaysia dan China bersama-sama sedang menangani Covid-19.

“Jadi saya fikir kita faham situasi negara dan kita harap China dapat membantu memerangi Covid-19 sebab kita tahu Wuhan dan beberapa kawasan lain di China sekarang sedikit kes (kes semakin berkurang hampir tiada penambahan),” katanya kepada pemberita ketika majlis penyerahan di kedutaan itu. 

Penutup hodung dan mulut itu diserahkan oleh Penasihat Politik Kedutaan China di Malaysia Yue Jun.

Yue dalam pada itu berkata China sentiasa akan mendokong Malaysia yang kini turut terjejas akibat wabak itu.

Tidak hanya dokongan menerusi sumbangan namun negara itu ujarnya bersedia berkongsi strategi menangani Covid-19 yang digunakan China.- MalaysiaGazette

+ posts

1 Komen

  1. Ramai yang menyokong UMNO, tapi ramai juga yang berharap jangan lah berbangga sangat dengan pemberian2 dari China ini!!

    Kalau boleh jauhkan diri dari negara tersebut!

Comments are closed.