PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin bagi membendung wabak pandemic Covid-19 telah dikuat-
kuasan selama 28 hari telah bermula 18 Mac lalu sehingga 14 April depan di negara
ini.
Muhyiddin dengan nada tegas berkata, pelaksanaan PKP itu bertujuan mengelakkan
rakyat terjejas dengan virus itu yang setakat ini turut dikesan di lebih 120 negara
yang realitinya telah merentasi benua dan lautan tanpa bersifat berkecuali.
Secara kiraan matematik, tempoh PKP di negara yang kita cintai ini mengambil masa
selama 672 jam, 40,320 minit dan 2,419,200 saat.
Sebagai contoh, kitaran ini agak melebihi jam kerja bagi seorang pekerja awam atau
swasta dengan 22 hari bekerja ditolak hari cuti Sabtu dan Ahad.
Terdapat pelbagai mekanisme yang dilakukan oleh sektor awam dan swasta bagi
memudahkan warga kerja sama ada bekerja di rumah atau bagi sektor yang kritikal
seperti perubatan dan keperluan asas bagi mereka tempoh itu sebenarnya tidak
mencukupi bagi memastikan soal kesihatan rakyat menjadi keutamaan.
Kita berdepan dengan situasi serius yang tidak pernah dijangkakan dan sedang
berperang dengan virus yang tidak nampak dengan saiznya kira-kira 125 nanometer.
Namun, ada segelintir rakyat yang mempunyai banyak masa terluang di kediaman
masing-masing menghabiskan masa dengan media sosial seperti Facebook,
Instagram, Twitter dan WhatsApp.
Sebenarnya itu tidaklah menjadi satu kesalahan kerana kerajaan juga menerusi
Pakej Rangsangan Ekonomi (PKE) mengumumkan penggunaan internet berkelajuan
tinggi secara percuma kepada semua pelanggan syarikat telekomunikasi melalui
pakej khas bernilai RM600 juta yang bermula 1 April ini sehingga PKP berakhir.
Namun, ada jari-jemari daripada lebih 46 juta pelanggan syarikat telekomunikasi
yang majoritinya menggunakan telefon, tablet dan komputer riba di negara
ini yang agak gatal atau tidak peka dengan situasi yang berlaku.
Kesempatan itu digunakan untuk forward mesej-mesej yang mereka perolehi di
aplikasi WhatsApp kepada semua nombor yang ada dalam telefon pintar mereka
seperti ‘juara’ untuk menyampaikan informasi terbaru mengenai Covid-19.
Malangnya, maklumat itu tidak dipastikan sahih atau palsu tetapi terus disebarkan
tanpa mengira masa dan ketika. Itu belum termasuk status terbaru di Facebook,
Instagram atau Twitter yang tidak berhenti berkicau.
Ternyata, sikap tidak bertanggungjawab itu mengundang panik kepada lebih 32 juta
rakyat negara ini yang sebenarnya diuji dengan PKP yang sebenarnya boleh
mengundang kesan psikologi dan kemurungan jika mereka tidak mampu menangani
dengan sempurna.
Jari-jemari yang gatal dan tidak bertanggungjawab ini seharusnya dikawal dan jika
berfikir dengan waras serta tenang kita tidak akan melakukan sesuatu perkara yang
memberi impak negatif kepada individu lain.
Sahabat-sahabat, ringankanlah beban yang dihadapi oleh keluarga, saudara-mara,
jiran, rakan-rakan malah negera kita!
Dalam saat kritikal ini, sahutlah pesanan Majlis Keselamatan Negara iaitu ‘Pastikan
Sahih, Baru Kongsi!
Sebagai rakyat negara yang bertanggungjawab dan berdedikasi, amatlah malang
sekiranya Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang
media hampir setiap hari terpaksa memberi penjelasan mengenai berita fitnah dan
palsu yang tersebar di media sosial.
Beliau merayu supaya orang ramai tidak menyebarkan berita palsu kerana ia akan
menyulitkan lagi keadaan. Hargailah barisan hadapan yang bertungkus-lumus siang
dan malam selain hanya tidur dan sempat melelapkan mata hanya untuk berapa jam
atau mungkin tidak tidur seharian bagi memastikan setiap rakyat bebas daripada
virus yang semakin mengganas ini.
Kepantasan virus Covid-19 ini tidak mengira agama, kaum, bangsa dan negara.
Sahabat-sahabat, pastikan maklumat yang kita sampaikan ialah perkara-perkara
positif seperti kenyataan media daripada pihak berautoriti, pesakit yang telah
sembuh dan peningkatan pematuhan rakyat terhadap PKP.
Dalam pada itu, kecanggihan teknologi yang bakal merentas teknologi rangkaian
generasi kelima (5G) di seluruh negara ini perlu disalurkan untuk perkara kebaikan dan memberikan impak yang positif.
Kita perlu berazam dan bertekad menjadi seorang yang mulia di dunia dan akhirat. Malah, setiap perbuatan kita akan dipertanggungjawabkan pada Hari Akhirat kelak.
Janganlah kerana jari-jemari kita mampu membahayakan negara.
Sesungguhnya, menyebarkan kebaikan itu tidak pernah merugikan dan memufliskan
pemiliknya.
Artikel sumbangan Pegawai Perhubungan Awam Hospital Pakar KPJ Perlis, MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM.