KUALA LUMPUR – Sebelas zon merah dikategorikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang merupakan kawasan yang direkodkan mempunyai bilangan tertinggi positif Covid-19.
Antara yang tertinggi positif Covid-19 adalah kawasan Lembah Pantai dengan 218 kes positif Covid-19 sehingga hari ini.
Kedua, kawasan Petaling dengan 209 kes, diikuti dengan Hulu Langat dengan 206 kes.
Mengikut pecahan lain, Seremban mempunyai 101 kes positif, Kluang dengan 97 kes, Johor Bahru 87 kes, Kota Bharu 68 kes, Kinta 66, Gombak 57, Hilir Perak 53, dan masing-masing 51 kes di Klang dan Titiwangsa sementara Kepong dengan 50 kes.
Zon jingga pula mencatatkan Batu Pahat dengan 34 kes positif Covid-19, diikuti Seberang Perai Tengah 30 kes.
Kuala Muda dengan 29 kes, masing-masing 26 kes di daerah Timur Laut Pulau Pinang, Cheras 25 kes, dan Rembau dan Kota Setar dengan 22 kes positif Covid-19. -MalaysiaGazette