Home Utama Eksklusif: Premis di Mid Valley diserbu, masih ada yang ingkar

Eksklusif: Premis di Mid Valley diserbu, masih ada yang ingkar

Ruang menjual kosmetik diarah tutup serta merta.

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih lagi gagal difahami oleh segelintir pihak termasuk pemilik premis, majikan serta pekerja.

Hari ini seramai 18 penguatkuasa dan pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja KL (JTK) bersama-sama Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menyerbu pusat beli belah Mid Valley.

Serbuan dilakukan selepas mendapat aduan masih ada premis bukan perlu (essential) dibuka serta kunjungan orang ramai seperti biasa.

MalaysiaGazette di jemput JTK untuk menyertai operasi pemeriksaan serta penutupan sementara premis jika perlu pagi ini sekitar 10 pagi.

Notis penutupan yang dikeluarkan Jabatan Tenaga Kerja.

Keadaan agak mengejutkan apabla masih ramai membeli belah tanpa peduli arahan PKP malah datang dengan ahli keluara serta kawan-kawan.

Beberapa premis bukan essential atau keperluan dibuka seperti biasa antaranya barangan elektrik, alat solek, arak, pakaian dan sebagainya.

Ramai juga mengambil mudah penularan pandemik Covid-19 seperti tidak mematuhi arahan penjarakan sosial dan enggan memakai penutup mulut. – MalaysiaGazette