KUALA LUMPUR – Isu keluhan kerajaan membantu pekerja industri kreatif ketika wabak Covid-19 ketika memasuki episod baharu apabila berlaku perbalahan pendapat dalam kalangan selebriti.
Kontroversi bermula apabila Zarina Anjoulie menegur tentang gaya hidup mewah segelintir golongan artis selama ini sebelum dibalas oleh pelakon Fizo Omar.
“Kesian pula aku tengok dia ni,” demikian tulis Fizo pada ruangan komen di Instagram.
Zarina tampil membalas apabila meminta Fizo untuk simpati dengan diri sendiri terlebih dahulu,
“Kesian kat diri kau menumpang harta bini dulu dan cerai, miskin balik lepas itu menagih followers YouTube. Jadi, kesian kat diri kau,” kata Zarina.
Sabtu lalu menerusi video Zarina yang tular, dia menegur sikap segelintir artis yang gemar menayang kemewahan namun hakikatnya tiada perancangan masa depan.
Jelas Zarina artis tidak seharusnya merayu bantuan khusus untuk mereka sebaliknya berkata inisiatif yang diperkenalkan kerajaan untuk rakyat secara keseluruhan untuk rakyat yang lebih susah hingga terpaksa membuat dua pekerjaan dalam satu masa.
Teguran itu dibuat berikutan luahan penyanyi Black Hanifah dan Tomok yang meminta kerajaan agar tidak melupakan golongan pekerja seni.
Sementara itu, Zarina turut memuat naik video meminta Fizo untuk menghargai peminat dan netizen yang selama ini menyokongnya sehingga menjadi seorang pelakon terkenal.
“Fizo Omar, tolong sedar diri. Sebelum kau ada apa-apa, muka buruk saja. Tanpa masyarakat, rakyat yang membantu dan beri kau sokongan, kau masih mamat kampung. Ingat masa hari raya bini kau jual tudung sampai habis, masyarakat dan peminat
juga yang beli.
“Apabila netizen dan peminat tengah susah, macam ini kau repay them back. Really? Sama macam artis-artis lain yang kata ‘oh tak bersyukur ke tak kenang budi selama ini kita dah hiburkan kau’.
“Lagi satu aku nak cakap, kalau tanpa peminat semua ini, korang masih merempat dekat kampung bawa motor buruk. Sedar diri masing-masing.
“Ini maksud aku yang korang semua suka ambil kesempatan apabila waktu nak bisnes dan promosi barang pandai panggil peminat dan netizen suruh support,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Mana ada artis tak betlagak
Sokong Zarina !!!
Gaduh lah kau org rezki x dtang begolek