Home Nasional Kakitangan 7-Eleven positif Covid-19

Kakitangan 7-Eleven positif Covid-19

Premis 7-Eleven di Jalan Bunus , Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Kedai serbaneka 7-Eleven memaklumkan seorang kakitangannya di cawangan Jalan Bunus, Kuala Lumpur disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Berikutan itu, proses sanitasi menyeluruh sedang dijalankan di premis berkenaan.

7-Eleven dalam kenyataannya berkata, premis itu ditutup sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan.

“Semua mereka yang ada kontak dengan kakitangan kami sedang dikuarantin,” katanya di sini.

Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menjalankan pengesanan ke atas kontak-kontrak yang lain. – MalaysiaGazette