
NEW YORK – Penanda aras minyak mentah jatuh pada hari Isnin, melanjutkan lagi kerugian minggu lepas apabila pandemik koronavirus di global bertambah buruk, selain perang harga Arab Saudi-Rusia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan berakhir.
Niaga hadapan minyak mentah CLC1 mencecah AS$19.92 pada awal perdagangan dan sesi terakhir didagangkan turun sebanyak 5.2%, atau AS$1.12, pada AS$20.39 setong pada 2332 GMT, sementara harga hadapan Brent jatuh 5.6%, atau
AS$1.40, kepada AS$ 23.53 setong
Pasaran minyak mengalami kejutan susulan penurunan permintaan akibat pandemik koronavirus dan perang harga Arab Saudi-Rusia menyebabkan berlaku limpahan bekalan.
Dengan permintaan diunjur susut kepada 15 juta atau 20 juta tong sehari – penurunan 20% berbanding tahun lalu.
Para penganalisis berkata, pengurangan pengeluaran besar-besaran akan diperlukan, bukan sahaja dalam kalangan OPEC.
”OPEC, Arab Saudi dan Rusia boleh memperbaiki perbezaan mereka, tetapi tidak banyak OPEC dapat dilakukan …. Kejutan permintaan dari Covid-19 terlalu besar,” kata ketua penyelidikan komoditi National Australia Bank, Lachlan Shaw.
Pandemik coronavirus, yang telah membunuh kira-kira 32,000 orang dan menyerang lebih daripada 500,000 di seluruh dunia, telah menyebabkan industri penerbangan di seluruh dunia terhenti dan meletakkan kira-kira 3 bilion orang disekat perjalanan mereka dalam usaha mengekang penularan wabak itu. – MalaysiaGazette