Home Utama Memang mungkin kami ‘idiots’ untuk pastikan anda semua selamat – Nik Ezanee

Memang mungkin kami ‘idiots’ untuk pastikan anda semua selamat – Nik Ezanee

Nik Ezanee Mohd Faisal

PETALING JAYA – Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan penahanan seorang wanita berusia 30an kerana mengeluarkan kata-kata kesat menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Ada pagi tadi. Saya rasa disebabkan kesesakan jalan akibat sekatan ini apabila dia sampai ke lokasi dia jerit ke arah petugas ‘you all are idiots’,” katanya diminta mengulas kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Artikel berkaitan: ‘Hoi stupid idiots!’… maki polis di sekatan jalan raya wanita ditahan

Mengulas lanjut, beliau yang juga turun padang bertugas semasa sekatan jalan raya Op Covid di Persiraran Surian bersempadan Kota Damansara-Damnsara itu dengan nada sinis berkata:

“Memang kami semua (polis) mungkin idiot (bodoh), tetapi kami bodoh kerana ada aspek keselamatan yang perlu dijamin dalam minda dan juga hati.

“Jadi minta maaf untuk menyebabkan kesulitan sebegini.

“Kami ada tugas untuk dilaksanakan demi negara dan keselamatan rakyat untuk memastikan anda semua sentiasa selamat, itulah kerja kami, saya minta maaf ya.”

Beliau juga mengesahkan wanita berkenaan ditahan di bawah Seksyen 7 Akta 342 dan dibawa ke Balai Damansara.

Wanita berkenaan semasa terperangkap dalam kesesakan jalan raya telah membunyikan hon berterusan selama 30 minit.

Dan sebaik tiba di perkarangan tempat tinggalnya di sebuah apartmen bersebelahan lokasi sekatan jalan raya itu, beliau telah menjerit ‘Hoi stupid idiots” ke arah pasukan polis dan tentera yang bertugas. – Malaysia Gazette

 

4 Komen

  1. Suatu yang AMAT serius bila mengeluarkan kata2 ‘Hoi stupid idiots’ kepada penjawat awam yang memperjudikan nyawa mereka dalam menjalankan tugas.

    Harap pihak mahkamah dapat jatuhkan hukuman maksimum kepada makcik tua tersebut!

  2. Mak cik tua kanebo ci… , nyo nya mener betul.. ni ne minta bro diva AA bagi ayat baik sikit kat dia..

  3. Harap mahkamah tidak kena kan denda sebab org jenis ni banyak duit dan tak kisah kena bayar denda..harap mahkamah penjarakan kan jer..baru dia tau langit tinggi ke rendah…

  4. Sepatutnya polis KDN Dan kerajaan Malaysia mengusahakan supaya wanita ini dilucutkan kerakyatan nya Dan dihantar balik ke negeri asal mereka yang bersopan santun tu( viral polis dinegara tersebut menghalau penumpang tren dengan keras). Biar dia rasa “Hujan Emas diNegeri orang, Hujan Batu diNegeri sendiri”.

Comments are closed.