
Kawasan di sekitar ibu negara terus dibersihkan menerusi proses disinfeksi bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Alam Fora yang membabitkan SWCorp hari ini bekerjasama melakukan semburan nyah kuman di Kampung Baru.
Operasi yang bermula pada 9 pagi melibatkan melibatkan kira-kira 150 petugas turut disertai Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa. Dron turut digunakan untuk menyembur cecair nyah kuman.