Home Seni Hidup Bakal hilang 2,000 tempahan baju Melayu

Bakal hilang 2,000 tempahan baju Melayu

Pemilik dan Pengasas Butik Dzulldeclassique Original, Zulkifli Rahmat termenung seketika semasa temubual bersama Malaysia Gazette berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan di Butik Dzulldeclassique, Kajang. foto FAREEZ FADZIL, 30 MAC 2020

KAJANG – Penularan wabak Covid-19 di negara ini kini memberi impak yang besar terutama kepada golongan usahawan apatah lagi bagi bisnes jahitan dan tekstil yang sentiasa mendapat permintaan tinggi menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

Bagi pemilik Butik Butik Dzulldeclassique, Zulkifli Rahmat, 43, walaupun akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan namun dia mengakui perlu mencari rezeki demi menyara keluarga dan kakitangannya.

Jelas bapa kepada tiga anak itu, suasana suram amat dirasai ketika ini berbanding waktu sama tahun lalu apabila orang ramai sudah sibuk datang untuk menempah baju Melayu.

Pemilik dan Pengasas Butik Dzulldeclassique Original, Zulkifli Rahmat bercakap semasa temubual bersama Malaysia Gazette berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan di Butik Dzulldeclassique, Kajang. foto FAREEZ FADZIL, 30 MAC 2020

Zulkifli berkata, pelanggan setianya mula bimbang untuk  datang ke butik sejak awal Mac lalu berikutan penularan Covid-19 yang mula mencatatkan kenaikan kes baharu positif setiap hari.

Namun dia meluahkan rasa syukur kerana telah menerima sebanyak 2,000 tempahan bermula Januari hingga Februari.

“Seperti tahun lalu, saya hanya mengambil sehingga 4,000 tempahan sebelum menjelang Ramadan, mengambil kira faktor kesempatan waktu untuk menyiapkannya selain mahu menjaga kualiti terbaik.

Pemilik dan Pengasas Butik Dzulldeclassique Original, Zulkifli Rahmat membuat kerja-kerja semasa temubual bersama Malaysia Gazette berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan di Butik Dzulldeclassique, Kajang. foto FAREEZ FADZIL, 30 MAC 2020

“Namun sejak awal Mac dan PKP bermula, tempahan terus merosot walaupun ada pelanggan yang mahu datang untuk menempah baju Melayu namun saya tidak mahu mengambil risiko untuk membuka butik.

“Saya masih lagi mengambil tempahan sebelum Ramadan ini dan menyasarkan bakal kehilangan 2,000 tempahan dengan mengambil kira sentimen orang ramai untuk keluar rumah selepas ini sekiranya PKP tamat pada 14 April ini,” katanya kepada ditemui MalaysiaGazette baru-baru ini di butiknya di Jalan Reko di sini.

Kebiasaannya menjelang Ramadan, pelanggan setia akan membuat tempahan di Butik Dzulldeclassique yang cukup popular dengan rekaan pakaian terutamanya golongan lelaki untuk membuat baju Melayu.

Pemilik dan Pengasas Butik Dzulldeclassique Original, Zulkifli Rahmat membuat kerja-kerja menjahit semasa temubual bersama Malaysia Gazette berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan di Butik Dzulldeclassique, Kajang. foto FAREEZ FADZIL, 30 MAC 2020

Memang tidak boleh dinafikan, butik itu sentiasa terlintas diminda bagi mereka yang ingin mencari baju Melayu eksklusif, selesa dipakai dan berpotongan cantik serta kemas.

Apatah lagi, baju-baju Melayu rekaannya itu sering terpampang di majalah-majalah, dipakai pula oleh golongan VIP dan artis-artis sekali gus jenama Dzulldeclassique kekal bertahan sehingga hari ini.

Malah harga upah membuat baju Melayu yang dikenakan bermula serendah RM150 manakala harga harga pakej upah dan material bermula RM250 turut menjadi tarikan kerana merupakan harga mampu milik untuk semua golongan.

Pemilik dan Pengasas Butik Dzulldeclassique Original, Zulkifli Rahmat membuat kerja-kerja menjahit semasa temubual bersama Malaysia Gazette berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan di Butik Dzulldeclassique, Kajang. foto FAREEZ FADZIL, 30 MAC 2020

Zulkifli telah memulakan perniagaan membuat baju Melayu pada tahun 1993 sebelum menyewa di Arked Mara Kajang dua tahun kemudian.

Dia yang kini menjadi usahawan berjaya dan bertaraf jutawan berpindah ke bangunan baru di Jalan Reko pada tahun 2016 dan membeli rumah kedai tiga tingkat itu dengan nilai jutaan ringgit.

Dalam pada itu, Zulkifli yang memiliki pengalaman sebagai tukang jahit lebih 20 tahun meluahkan keyakinan dia dapat menyiapkan 2,000 tempahan sedia ada memandangkan tiada tempahan baharu yang diterima ketika ini.

Pemilik dan Pengasas Butik Dzulldeclassique Original, Zulkifli Rahmat membuat kerja-kerja semasa temubual bersama Malaysia Gazette berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan di Butik Dzulldeclassique, Kajang. foto FAREEZ FADZIL, 30 MAC 2020

Dia juga memberitahu telah membeli stok kain sebanyak 15,000 meter dan membawa masuk 4,000 sampin dari India sebagai persediaan menjelang Aidilfitri ini.

“Saya berharap wabak Covid-19 akan pulih dan reda secepat mungkin walaupun akan mengambil masa yang lama untuk keadaan kembali seperti biasa.

“Apa yang penting sebagai usahawan, kami hanya mahu kembali berniaga macam biasa. Seperti Bajet Prihatin Nasional yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, mungkin ada usahawan yang (mendapat) manfaat.

Pemilik dan Pengasas Butik Dzulldeclassique Original, Zulkifli Rahmat bercakap semasa temubual bersama Malaysia Gazette berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan di Butik Dzulldeclassique, Kajang. foto FAREEZ FADZIL, 30 MAC 2020

“Untuk saya, biarlah golongan yang sepatutnya dan lebih memerlukan diberi keutamaan. Saya hanya mahu kembali berniaga.

“Butik ini ibarat tempat saya bermasyarakat. Saya akui kesibukan di butik menyebabkan saya kurang berbual dan mengenali jiran-jiran di kawasan perumahan.

“Namun di butik ini saya bertemu ramai lapisan masyarakat daripada orang biasa hingga ke golongan VIP. Bila muncul wabak Covid-19 dan pelaksanaan PKP, tiba-tiba jiwa saya menjadi kosong dan rasa sedih,” katanya yang turut menerima tempahan untuk jubah, kurta, baju kemeja dan seluar panjang. – MalaysiaGazette