TERKINI : Alasan Tak Menjadi “Nak Ambil TV! TV Rosak Tiba-Tiba!”

Memasuki fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini, nampaknya masih ramai yang tidak dapat membezakan yang mana satu keperluan penting dan sebaliknya.

MalaysiaGazette hari ini membuat tinjauan di dua lokasi sekatan jalan raya dilakukan oleh pihak berkuasa iaitu di Lebuh Raya Persekutuan dan Tol Kota Damansara.

Kota Damansara termasuk kawasan Sri Petaling yang merupakan antara zon merah Covid-19.

Meskipun langkah pemantauan diperketatkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) namun ternyata ada kalangan warga kita gagal mendisiplinkan diri dan enggan mematuhi PKP demi membendung penularan wabak Covid-19.

Antara alasan yang diutarakan sebentar tadi adalah mahu mengambil televisyen di tol Gombak yang dibeli seorang lelaki menerusi dalam talian.