Home Nasional KKM terima sumbangan wang, peralatan perubatan

KKM terima sumbangan wang, peralatan perubatan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba (dua kiri) menerima sumbangan dari Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta Bhd (UEM Edgenta), Datuk Azmir Merican (dua kanan pada Majlis Penyerahan Sumbangan Covid-19 Kepada Kementerian Kesihatan Malaysia di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 02 MAC 2020.

PUTRAJAYA – Sebagai suntikan untuk barisan hadapan yang sedang bergelut siang malam merawat pesakit Covid-19, kerajaan China dan beberapa syarikat korporat tempatan hari ini tampil menghulurkan bantuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba menerima sumbangan tersebut daripada Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian dalam satu majlis ringkas yang diadakan di sini hari ini.

Kerajaan China menyumbang 40,000 topeng muka N95 dan 350,000 keping topeng pembedahan.

Dalam pada itu enam syarikat swasta tempatan dan antarabangsa di negara ini juga tampil menghulurkan bantuan membantu kerajaan bersama-sama memerangi Covid-19.

Antara syarikat yang tampil adalah UEM Edgenta yang diwakili pengarah urusannya, Datuk Azmir Merican yang menyumbangkan mesin ventilator dan mesin pengawasan pesakit Covid-19.

Manakala Presiden Heitech Padu Berhad, Datuk Seri Mohd. Hilmey Mohd Taib menghulurkan wang tunai RM100,000 dan mesin EMR sebagai meringankan beban KKM untuk menguruskan pesakit Covid-19 di hospital.

Justeru Pengarah Urusan Linde Malaysia Sdn.Bhd, Anuj Sharma juga menghulurkan sumbangan wang tunai RM100,000 kepada KKM pada majlis yang sama.

Lembaga Tabung Haji melalui Pengurus Kanan Kesihatannya, Dr. Mohd Kairul Aneeza Zakaria menghulurkan sumbangan 205 botol air zam zam.

Dalam pada itu, pengeluar produk kesihatan, Dettol juga tidak melepaskan peluang menyertai program tersebut apabila syarikat Reckitt Benckiser (M)Sdn.Bhd menghulurkan 100,000 sabun Dettol apabila disampaikan sendiri oleh pengarah urusannya, Kemal Oguzhan Silvrill.

Akhirnya Midea Group Sdn.Bhd atau Midea Scott & English Electronics yang diwakili Kok Thian Huat menyampaikan 80 buah penghawa dingin kepada KKM untuk kegunaan di hospital seluruh negara.-MalaysiaGazette