Home Sukan Solskjaer sedia kecewakan Real Madrid

Solskjaer sedia kecewakan Real Madrid

Haaland menjadi buruan utama Man United

LONDON – Manchester United masih berminat untuk mendapatkan khidmat Erling Haaland dan bersedia bersaing dengan Real Madrid untuk merembat pemain itu pada akhir musim ini.

Namun ia hanya akan berlaku sekiranya pemain itu mengambil keputusan untuk meninggalkan Borussia Dortmund.

Bintang muda berusia 19 tahun itu menyerlah dalam aksi peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Eropah bersama Red Bull Salzburg awal musim ini.

Malah bakat luar biasa itu berjaya memikat perhatian beberapa kelab elit Eropah.

United dipercayai mendahului saingan untuk merembat khidmat pemain itu dari Bundesliga Jerman.

Pengaruh Ole Gunnar Solskjaer yang pernah melatih pemain itu ketika bersama kelab Molde di Berlgium dikatakan memberi kelebihan pemain itu boleh berhijrah ke Old Trafford.

Haaland bagaimanapun telah berhijrah ke Dortmund pada Januari lalu dan menyerlah di Jerman apabila menjaringkan 12 kali dalam 11 penampilan dalam semua perlawanan termasuk mencipta hatrik.

Malah hubungan Haaland dengan Solskjaer dikatakan masih akrab dan United mempunyai kelebihan untuk meyakinkan pemain itu sekiranya bintang muda itu berkeputusan untuk menukar kelab dalam tempoh enam bulan ini.

Dortmund pula kekal yakin mempertahankan bintang itu daripada meninggalkan Jerman untuk satu musim lagi tetapi bersedia untuk melepaskan seorang lagi penyerang mudanya Jadon Sancho secara tunai kepada Man United.

Sancho juga berada dalam radar kelab Manchester itu dan diintai secara rapat perkembangannya.

Bagaimanapun Man United dan Solskjaer dikatakan melalui hubungan yang tegang dengan agen Haaland, Mino Railo yang mengutuk kelab itu pada Januari dalam soal Paul Pogba.-MalaysiaGazette