TERKINI : 5 Lagi Kes Kematian dan 208 Kes Bari Positif Covid19 – Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan pertambahan lima lagi kes kematian baharu berkaitan Koronavirus 2019 (Covid-19) di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah yang mengesahkan perkara itu berkata, ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat pandemik virus maut itu adalah sebanyak 50 kes atau 1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.