KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang telah memaki polis dengan menggunakan kata kesat ‘stupid idiot’ semasa sekatan jalan raya Op Covid-19 di Persiaran Surian, Jalan Damansara-Kota Damansara akan didakwa esok.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, wanita berkenaan yang telah direman sehari pada Rabu akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
“Reman dapat satu hari (semalam).. jadi kena diberi jamin (jamin polis).
“Mungkin esok…ya, esok akan charge (tuduh) di mahkamah,” katanya kepada MalaysiaGazette pagi ini.
Malah tambah beliau lagi hari ini laporan siasatan yang dilengkapkan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan lanjut.
“Hari ini kita rujuk kertas siasatan kepada DPP (Timbalan Pendakwaraya),” tegasnya lagi.
Pada Selasa lalu wanita berusia lingkungan antara 20-an hingga 30-an itu yang hilang kesabaran selepas terperangkap dalam kesesakan akibat sekatan jalan raya penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh pasukan polis Petaling Jaya menghina polis sebagai stuipid idiots kerana menyekat jalan sehingga berlaku kesesakan dan menyusahkan orang ramai.
Wanita itu kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Damansara sebelum direman selama sehari untuk melengkapkan siasatan kes.-MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
‘Hoi stupid idiots!’… maki polis di sekatan jalan raya wanita ditahan