Home Dunia 4 kematian baru Covid-19 di Wuhan

4 kematian baru Covid-19 di Wuhan

Gambar hiasan

BEIJING – China melaporkan sebanyak 31 kes positif koronavirus termasuk dua jangkitan tempatan, kata Suruhanjaya Kesihatan.

Sebanyak empat kes kematian direkodkan semalam – semua di Wuhan, bandar yang menjadi punca wabak maut itu bermula.

Jumlah jangkitan di China kini berjumlah 81,620 dengan 3,322 kematian.

Suruhanjaya itu berkata, 60 pesakit baru koronavirus tanpa gejala baru juga dilaporkan semalam. – MalaysiaGazette