
KUALA LUMPUR – Maybank akan mengecualikan yuran sebanyak RM1 untuk urus niaga pengeluaran tunai antara bank di terminal ATM/ layan diri berkuat kuasa mulai 6 April ini hingga akhir pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Langkah ini bagi membantu para pelanggan semua bank yang mungkin perlu membuat pengeluaran tunai di terminal ATM/ layan diri terdekat selepas pergerakan orang ramai yang dipertingkatkan dalam usaha membendung penyebaran virus Covid-19.
Maybank mempunyai lebih daripada 2,900 terminal ATM /layan diri di seluruh negara. – MalaysiaGazette