Home Dunia Penduduk Myanmar bertambah 130,000 pada suku pertama

Penduduk Myanmar bertambah 130,000 pada suku pertama

Generasi muda Myanmar. foto Agensi

YANGON – Penduduk Myanmar dianggarkan meningkat 130,000 kepada 54.58 juta dalam tempoh tiga bulan, lebih tinggi berbanding statistik pada awal tahun ini, kata Kementerian Penerangan.

Penduduk di Yangon mencecah 8.39 juta, diikuti Mandalay .54 juta dan Shan 6.43 juta.

disenaraikan sebagai tiga wilayah teratas dan negeri dengan kebanyakan populasi, Kementerian Penerangan memetik angka jabatan penduduk sebagai berkata.

Kementerian Buruh, Imigresen dan Penduduk memaklumkan awal tahun ini bahawa penduduk Myanmar berjumlah 54.45 juta pada 1 Januari tahun lalu.

Daripada jumlah itu, kaum wanita merupakan majoriti populasi wanita meningkat sebanyak 2.28 jita kepada 28.43 juta manakala lelaki 26.15 juta, katanya berdasarkan statistik bancian tahun 2014. – MalaysiaGazette