Home Nasional Ambulans HUKM terbabas, pemandu dan pesakit terselamat

Ambulans HUKM terbabas, pemandu dan pesakit terselamat

Ketua Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Dzulkefly Yahya . foto AFFAN FAUZI, 23 JANUARI 2020

KUALA LUMPUR – Sebuah ambulans milik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) terbabas di di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban pagi ini

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifli Yahya berkata, hasil siasatan pihaknya  mendapati ambulans yang membawa seorang pesakit yang mengalami serangan strok dalam perjalanan ke hospital daripada Pinggiran Bukit Jalil, di sini.

“Kemalangan berlaku apabila semasa ambulans melalui selekoh Jalan Bukit Jalil susur ke Lebuhraya KL Seremban secara tiba-tiba hilang kawalan selepas melanggar kelopak air di lorong kiri jalan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Keadaan ambulans HUKM yang terbabas dalam kejadian di Lebuhraya KL Seremban pagi tadi.

Dalam insiden pukul 11.45 pagi itu, jelas beliau, ambulans tersebut berpusing di tengah jalan dan tiba-tiba tayar kanan belakangnya tercabut.

“Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan di alami oleh pemandu ambulans yang berusia 37 tahun dan pesakit strok yang ada dalam kenderaan tersebut.

“Dalam masa 15 minit, sebuah lagi ambulans bantuan sampai ke lokasi kejadian dan membawa pesakit ke HUKM.

“Semasa kemalangan terdapat dua pegawai perubatan HUKM, pesakit dan waris pesakit di dalam ambulans,” katanya. – MalaysiaGazette