KUALA LUMPUR Pemohon yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tetapi berstatus muflis atau disenarai hitam boleh membuat permohonan secara.
Permohonan itu perlu dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), www.hasil.gov.my atau pautan pantas https://bpn.hasil.gov.my/.
Permohonan boleh dibuat mulai esok
“Permohonan mereka akan diproses sewajarnya berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
“Bagi permohonan yang lulus, bayaran BPN akan dibuat secara tunai di Bank Simpanan Nasional,” menurut LHDNM.
Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan permohonan BPM boleh diajukan kepada Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau media sosial rasmi LHDN iaitu: Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM atau Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial. – MalaysiaGazette