![china](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/04/china-640x360.jpg)
BEIJING – China melaporkan sebanyak 39 kes koronavirus baru pada hari Ahad, kecuali satu daripadanya diimport dari luar negara.
Angka jangkitan itu meningkat daripada 30 kes yang dilaporkan sehari sebelumnya.
Bilangan kes tanpa gejala juga melonjak, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan.
Menurutnya, sebanyak 78 kes tanpa gejala baru telah dikenalpasti semalam berbanding dengan 47 hari sebelumnya.
Hanya satu kematian baru direkodkan pada 5 April, menurut data tersebut. – MalaysiaGazette