Home Nasional Covid-19 bukan dari Itali

Covid-19 bukan dari Itali

Shahul Hamid

KUALA LUMPUR – Tajuk beberapa laporan media mendakwa virus dari Itali punca kluster ketiga Covid-19 di negara ini dianggap tidak tepat dan boleh menimbulkan kebimbangan serta mengelirukan fakta.

Penganalisis bebas isu antarabangsa, Shahul Hamid berkata, ia seperti telah menuduh dan memburukkan  Itali adalah punca tercetusnya wabak yang menjadi pandemik global itu.

Katanya, sedangkan tiada sebarang kenyataan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengesahkan wabak itu ‘berasal’ dari Itali.

“Orang yang pernah melancong ke Itali tidak semestinya membawa balik pandemik itu dari Itali. Mungkin telah pun mendapat jangkitan dari tempat lain atau melalui medium lain.

“Lebih tepatnya Itali hanyalah sebagai transit atau tempat persinggahan sahaja. Sama ada bagi manusia atau Covid-19.

“Kenyataan itu menimbulkan kebimbangan rakyat yang saudara mara mereka berada di luar negara. Semua orang tahu bahawa punca tercetusnya wabak ini ialah dari Wuhan, China kemudian merebak ke seluruh dunia,” katanya yang juga bekas pegawai imigresen.

KKM baru-baru ini mengesan kluster baharu wabak Covid-19 di Sarawak yang berpunca daripada rakyat Malaysia yang melancong ke Itali dan setakat ini meragut nyawa lima mangsa.

“Mungkin ia telah pun terkena jangkitan sebelum ke Itali, di pertengahan jalan atau di Itali tanpa boleh disahkan. Adakah ia juga pernah melancong ke China atau berhubung dengan pelancong dari China?” soalnya.

Kluster berpunca daripada pesakit ke-1,580 itu, dikesan menjangkiti 37 kes lain termasuk lima kematian iaitu kes ke-1,031; ke-1,032; ke-1,006; ke-2,850 dan ke-2,210 serta seorang pesakit memerlukan bantuan pernafasan dalam unit rawatan rapi.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Tujuan sebenarnya, rakyat jangan menyembunyikan maklumat sahaja, ini kerana bagi memudahkan KKM mengambil tindakan awal pencegahan, sebagaimana tindakkan yang telah diambil oleh KKM dikawasan Simpang Renggam dan Hulu langat.

  2. Trump menggelar wabak pembunuh yang bermula dari Wuhan ini sebagai Chinese Virus.

    Kini telah membunuh lebih dari 70,000 orang tersayang diseluruh dunia.

    Ada yang telah dibuang kerja, anak2 tidak bersekolah untuk sekian lama, jadual kehidupan menjadi luar biasa. Hidup kini menjadi semakin sukar dan tidak menentu!

Comments are closed.