Home Ekonomi Gadaian emas dijangka meningkat selepas PKP

Gadaian emas dijangka meningkat selepas PKP

Pemangku Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Parihah Hasan ketika temubual eksklusif bersama Malaysia Gazette berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan di Pejabat YaPEIM, Kampung Attap, Kuala Lumpur. fotoo FAREEZ FADZIL, 06 APRIL 2020

KUALA LUMPUR – Koperasi YaPEIM Bhd. menjangkakan jumlah gadaian di Ar Rahnu YaPEIM meningkat selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Pemangku Ketua PEngarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YaPEIM), Parihah Hasan berkata, ar-rahnu yang juga merupakan salah satu cabang mikro-kredit merupakan antara jalan termudah, selamat dan amanah untuk mendapatkan pinjaman.

Tambahnya, menurut perspektif ar rahnu, gadaian adalah satu urusniaga produktif kerana ia digunakan untuk tujuan perniagaan dan pendidikan.

“Ramai yang dijangka datang untuk mendapatkan kemudahan kewangan bagi aktiviti-aktiviti produktif.

“Aktiviti-aktiviti produktif ini sebenarnya menggalakkan ekosistem ekonomi supaya pengekonomian bergerak dengan pantas.

“Sekarang kita lihat aktiviti ekonomi seperti sektor perkhidmatan tidak dapat dijalankan jadi kami berharap pinjaman yang disediakan di Ar Rahnu YaPEIM ini membolehkan ekonomi negara akan terus bercambah,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini.

Tambah Parihah, meskipun pendapatan Ar Rahnu YaPEIM terkesan akibat PKP namun begitu mereka masih prihatin terhadap situasi yang melanda negara dan sentiasa bersedia untuk menyokong pelanggan dalam usaha merangsang ekonomi Malaysia.

Selain itu, bagi membantu pelanggan-pelanggannya, Ar Rahnu YaPEIM membenarkan penangguhan penebusan gadaian dan pengecualian bayaran upah simpan gadaian selama 10 bulan semasa PKP.

Katanya, Koperasi YaPEIM Bhd. terpaksa menangung kos pengecualian bayaran upah simpan tersebut sebanyak RM500,000.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

YaPEIM benarkan pengecualian bayaran upah simpan barang gadaian