Home Nasional MBSA benar peniaga, perkhidmatan beroperasi Isnin dan Khamis

MBSA benar peniaga, perkhidmatan beroperasi Isnin dan Khamis

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membenarkan beberapa perkhidmatan perniagaan untuk beroperasi pada Isnin dan Khamis.

Langkah itu bagi memenuhi keperluan pengguna sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa ketika ini.

Dalam satu kenyataan MBSA memaklumkan, perkara itu selaras dengan ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang meminta orang ramai mematuhi peraturan ketika berurusan dengan mempraktikkan jarak sosial, memakai penutup muka serta menggunakan cecair pembasmi kuman.

“Perkhidmatan perniagaan itu adalah premis menjual baja dan racun, makanan haiwan, perkakasan serta menjual alat ganti jentera pertanian dan industri dengan waktu urusniaga bermula jam 8 pagi hingga 4 petang,” demikian menurut kenyataan itu.

Justeru orang ramai yang ingin mendapatkam sebarang maklumat, boleh berhubung dengan bilik gerakan Covid-19 di talian 03-5522 2702/2800/2821/2820 (9 pagi hingga 4 petang). – MalaysiaGazette