Home Sukan Rashford kembali beraksi awal Mei

Rashford kembali beraksi awal Mei

Foto Agensi.

LONDON – Penyerang Manchester United, Marcus Rashford kini dalam proses pemulihan dan dijangka pulih sepenuhnya pada awal Mei ini.

Rashford kini menggunakan masa terluang di rumahnya berikutan perintah pergerakan kawalan di United Kingdom akibat wabak Covid-19 dengan melakukan pelbagai rutin senaman, latihan ringan serta dengan bertinju bagi mengekalkan kecergasan.

Pemain berusia 23 tahun mengalami kecederaan tulang belakang yang serius ketika bertemu Wolves dalam saingan Piala FA pada Januari lalu.

Doktor pakar yang membuat rawtan telah membuat keputusan Rashford tidak perlu menjalani pembedahan bagi keretakan pada bahagian tulang belakang itu.

Rashford pada mulanya hanya bakal terlepas aksi selama dua bulan lebih bersama  United dan mungkin kembali semula bersama pasukan awal Mac lalu. – MalaysiaGazette