Home Ekonomi TH umum lantikan Rozita, Ahmad Shariman

TH umum lantikan Rozita, Ahmad Shariman

MGF11122018_FILE-TABUNG-HAJI06-640x427

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pelantikan Rozita Khamsiah Othman sebagai Setiausaha Lembaga dan Ahmad Shahriman Johari sebagai Pengurus Besar Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan.

Pelantikan mereka masing-masing berkuatkuasa pada 9 Mac dan 1 April lalu.

TH dalam kenyataannya berkata, Rozita mempunyai pengalaman luas sebagai penasihat undang-undang dalaman dan setiausaha syarikat berlesen dari pelbagai industri termasuk institusi kewangan kerajaan, pembinaan dan pembangunan hartanah.

Sebelum menyertai TH, beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan di Medini Iskandar Malaysia Sdn Bhd dan bertanggungjawab dalam aspek pengurusan undang-undang syarikat termasuklah memimpin, mengurus dan
memantau penyampaian khidmat nasihat undang-undang.

Manakala Ahmad Shahriman sebelum ini adalah Ketua Komunikasi Korporat di Sime Darby Property Berhad, bertanggungjawab dalam mengurus hal ehwal perhubungan awam serta komunikasi syarikat tersebut. – MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts

1 Komen

Comments are closed.