BANGALORE – Pihak berkuasa keretapi India bercadang untuk mengubah kira-kira 20,000 gerabak keretapi lama sebagai wad isolasi untuk pesakit positif Covid-19.
Rangkaitan keretapi India merupakan rangkaian keempat terbesar di dunia dan majikan terbesar India itu telah memulakan operasi 125 wad yang diperbuat daripada gerabak keretapi lama di seluruh negara.
BANGALORE – Pihak berkuasa keretapi India bercadang untuk mengubah kira-kira 20,000 gerabak lama sebagai wad isolasi untuk pesakit positif Covid-19.
Rangkaitan keretapi India merupakan rangkaian keempat terbesar di dunia dan majikan terbesar India itu telah memulakan operasi 125 wad yang diperbuat daripada gerabak keretapi lama di seluruh negara.
Menteri Keretapi, Perdagangan dan Industri India, Piyush Goyal berkata, setakat ini 2m500 gerabak keretapi telah diubahsuai sebagai wad isolasi dengan 40,000 katil disediakan untuk menerima segera pesakit Covid-19.
“Untuk mancapai sasaran yang ditetapkan, setiap hari pihak berkuasa akan berusaha untuk mengubah 375 gerabak keretapi sebagai wad isolasi pesakit di 133 stesen yang terpilih dan strategik serta selamat untuk melaksanakan misi tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Pada 1 April lalu India merekodkan 4,288 kes positif dan 117 kematian. – Agensi