Home Dunia Perancis rekod 833 kes kematian Covid-19 dalam 24 jam

Perancis rekod 833 kes kematian Covid-19 dalam 24 jam

Lonjakan kes Covid-19 di Perancis membimbangkan. foto Agensi

PARISĀ  – Perancis melaporkan sebanyak 833 kes kematian koronavirus semalam, kenaikan tertinggi sejak wabak tersebut tercetus.

Jumlah individu yang meninggal selepas diuji positif Covid-19 melonjak kepada 8,911 manakala angka jangkitan sebanyak 98,010.

Data yang dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Olivier Veran menunjukkan 605 telah meninggal dunia di hospital dalam tempoh 24 jam dan 228 lagi di pusat penjagaan kesihatan.

Ia merupakan kenaikan sebanyak 10%.

“Epidemik masih belum berakhir. Situasi mencabar ini masih panjang. Angka yang saya umumkan ini membuktikannya,” kata Menteri Kesihatan, Olivier Veran yang meminta orang ramai terus berada di rumah.

Angka kematian harian di Itali juga meningkat pada hari Isnin, selepas merekodkan penurunan kes baru.

Tetapi, jumlah kes baru di Sepanyol menurun untuk hari keempat. – MalaysiaGazette