
LONDON – Seorang ratu cantik yang dimahkotakan sebagai Ratu England pada 2019 kembali menyambung khidmat sebagai doktor di United Kingdom untuk membantu merawat pesakit Covid-19.
Bhasha Mukherjee menangguhkan sementara kariernya sebagai doktor perubatan selepas menyertai pertandingan Ratu Cantik Dunia 2019 pada Disember lalu.
Mukherjee telah mewakili England ke pertandingan Ratu Cantik Dunia mewakili England.
Mukherjee dijemput sebagai duta ke beberapa negara untuk misi kemanusiaan dan telah menggantung sementara stateskop bagi memberi tumpuan dalam bantuan kemanusiaannya sehingga Ogos ini.
“Saya dijemput ke Afrika, India dan Turki serta beberapa negara di Asia untuk kerja amal membantu komuniti miskin,” katanya.
Malah jelasnya dia telah berada di India untuk tabung amal pembangunan komuniti sejak Mac lalu.
Gadis berusia 24 tahun itu sempat menghulurkan bantuan kepada rumah wanita terbiar di kawasan pedalaman India.
Oleh kerana Covid-19 begitu kritikal di UK, wanita itu dipanggil semula oleh bekas rakan setugasnya di Hospital Pilgrim di Boston, Timur England dan dijelaskan situasi cemas yang dihadapi hospital itu dalam memerangai pandemik itu.
Mukherjee berkata dia telah memaklumkan kepada pihak pengurusan hospital dan memaklumkan dia akan kembali bertugas semula.
“Saya rasa bersalah memakai mahkota Ratu cantik England untuk misi kemanusiaan sementara komuniti antarabangsa menderita akibat Covid-19. Jadi, saya membuat keputusan untuk kembali memakai stateskop di leher dan merawat pesakit Covid kali ini.
“Inilah masa yang tepat untuk saya membalas budi kepada England yang kini memerlukan khidmat saya,’ katanya yang berhijrah ke London dari Kolkata pada usia sembilan tahun.
Kini dia sedang berurusan dengan Suruhanjaya British di Kolkata India, untuk mendapatkan penerbangan terkini ke transit Frankfurt dan ke London.
Kini Mukherjee akan kuarantin diri selama dua mingu sehingga dia boleh kembali bertugas di hospital lamanya.
Mukherjee merupakan pakar perubatan raspiratori namun dia akan ditugaskan di mana mana jabatan yang diperlukan untuk melayan pesakit Covid-19.
Sehingga Isnin UK, merekodkan 48,000 kes positif Covid-19 dan 5,000 kematian menurut angka yang dikeluarkan Universiti John Hopskins.-MalaysiaGazette