Proses sanitasi awam di Bandar Baru Bangi diteruskan dengan tujuh lagi kawasan tumpuan orang ramai sebelum ini turut menjalani proses nyahcemar hari ini.
Operasi yang bermula jam 9 pagi itu dimulakan di Surau Al Falah, Seksyen 16 Bandar Baru Bangi dan kemudiannya diteruskan di dua lagi surau berdekatan iaitu Surau At Taqwa, Surau Ar Ridhuan.