Bangunan Selangor Mansion dan Selangor Malayan Mansion di Jalan Masjid India diisytihar sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa hari ini.
Keputusan itu diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian Covid-19 di sini.