Home Nasional Tujuh lagi kawasan Bangi jalani operasi sanitasi awam

Tujuh lagi kawasan Bangi jalani operasi sanitasi awam

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama petugas Rescue Bencana Malaysia (RBM) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) membuat kerja disinfeksi pada Ops Sanitasi Awam pada hari ke-20 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 di sekitar Bandar Baru Bangi, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 07 APRIL 2020

BANGI – Proses sanitasi awam giat dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Bandar Baru Bangi dengan tujuh lagi kawasan tumpuan orang ramai terus menjalani proses nyahcemar hari ini.

Operasi pukul 9 pagi itu bermula di Surau Al Falah, Seksyen 16 Bandar Baru Bangi dan kemudiannya diteruskan di dua lagi surau berdekatan iaitu Surau At Taqwa, Surau Ar Ridhuan.

Turut melalui proses disinfeksi adalah sekitar Jalan 6 Seksyen 16, Sekolah Jalan Enam, Kompleks PKNS, dan Taman Tasik Cempaka.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama petugas Rescue Bencana Malaysia (RBM) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) membuat kerja disinfeksi pada Ops Sanitasi Awam pada hari ke-20 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 di sekitar Bandar Baru Bangi, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 07 APRIL 2020.

Seramai 81 petugas proses nyahcemar terlibat antaranya 42 anggota bomba, 11 anggota Rescue Bencana Malaysia, tujuh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 12 pekerja Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), masing-masing seorang daripada Jabatan Penerangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), lima pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan dua anggota Ahli Jawatankuasa Surau Al Falah.

Operasi tujuh kawasan itu yang berkeluasan 2.5 kilometer persegi itu selesai jam 12 tengahari tadi.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama petugas Rescue Bencana Malaysia (RBM) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) membuat kerja disinfeksi pada Ops Sanitasi Awam pada hari ke-20 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 di sekitar Bandar Baru Bangi, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 07 APRIL 2020

Semalam, beberapa kawasan telah selesai dijalankan proses sanitasi di beberapa lokasi ditetapkan antaranya Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi, Sekolah Rendah Bandar Baru Bangi, Masjid Al Umm, Dewan Serbaguna Bandar Baru Bangi, Pasar Basah Seksyen 1, Bandar Baru Bangi dan Surau Al Ittihad. – MalaysiaGazette