KUALA LUMPUR – Seramai 66 pegawai polis disahkan positif pandemik Koronavirus 2019 (Covid-19) sehingga 7 April lalu dan sedang dirawat di hospital-hospital di seluruh negara.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, selain itu seramai 1,225 orang pula dikuarantin di kediaman masing-masing.
“Daripada jumlah itu katanya seramai 155 orang adalah pegawai kanan polis, manakala 654 orang adalah pegawai berpangkat rendah.
“Manakala 35 lagi adalah penjawat awam di PDRM dan selebihnya 381 orang adalah kontak rapat mereka yang terdiri daripada ahli keluarga pegawai dan anggota,” katanya dalam sidang media khas Covid-19 di Dewan Theatrette, Bukit Aman hari ini.
Menurut Acryl, kebajikan dan kesihatan kesemua anggota PDRM sentiasa diutamakan, oleh itu segala bimbingan untuk menjaga kebersihan diri sepanjang bertugas di lapangan telah dilaksanakan PDRM.
Katanya, setiap tugasan warga PDRM termasuk melaksanakan sekatan jalan raya di seluruh negara semasa Perintah Kawalan Pergerakan sentiasa diperhalusi dengan mengambil kira aspek keselamatan anggota dan pegawai sendiri.
Tambah beliau, pihaknya juga menitikberatkan kebajikan anggota bertugas di lapangan dan memerlukan bantuan sebanyak yang mungkin.
Menurutnya, setiap tugasan akan dilakukan mengikut penggiliran bagi memastikan setiap petugas keselamatan sentiasa cergas semasa di lapangan.
Ditanya mengenai insiden orang awam melanggar anggota keselamatan semasa sekatan jalan raya, katanya, bagi mengelak insiden itu berulang, beliau menasihatkan pasukannya supaya memastikan lokasi sekatan jalan tidak berisiko kemalangan.
“Kebanyakan kes rempuh dalam sekatan pemandu berkata mengantuk dan ada yang tidak perasaan polis mengadakan sekatan jalan di hadapan.
“Ada juga pemandu yang leka menggunakan telefon bimbit semasa memandu sehingga mengundang risiko merempuh sekatan jalan pasukan keselamatan.
“Saya berharap supaya petugas keselamatan setiap sekatan jalan menyemak kedudukan lokasi supaya penglihatan pengguna lebih jelas dan mudah dilihat sekatan dari jauh sebagai langkah mengelak insiden rempuh,” katanya lagi.-MalaysiaGazette
Kalau boleh dinyatakan dr mana punca jangkitan. Adakah yg bertugas di lapangan semasa PKP ini atau lain2 punca.
Disestengah negara lain anggota keselamatan yang mengendalikan road block memakai PPE lengkap. Cuba lihat anggota keselamatan kita cuma menggunakan face mask dan sarung tangan.
Ini dikira KDN telah menghantar anggota PDRM, ATM dll dalam “suicide mission” mendedahkan mereka pada risiko dengan tiada PPE. Walaupun cuaca diMalaysia ni panas untuk memakai PPE tercegat ditepi jalanraya, cuba fikir berapa ribu orang yang lalu lalang, ntah berpenyakit atau tidak. Fikir di Hospital kakitangan hospital menghendaki pesakit PUI yang lapor diri diarahkan berurusan terus dengan kakitangan yang berpakaian lengkap PPE. Inikan pula anggota keselamatan yang berurusan dengan ribuan ragam manusia.