KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan platform digital E-Bazar Ramadan Selangor Grab bagi membolehkan para peniaga menjana pendapatan pada bulan tersebut.
Platform yang dibentuk dengan kerjasama Grab Malaysia ini memberi peluang kepada rakyat Selangor membeli juadah berbuka puasa menerusi online.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, konsep bazar ini membenarkan pembelian secara online sahaja melalui aplikasi GRAB dan akan mematuhi segala spesifikasi penyediaan makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
”Kerajaan negeri percaya ini adalah salah satu usahasama strategik awam-swasta yang diperlukan saat ini bagi menghadapi norma baharu akibat wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Katanya, sebanyak 15 lokasi telah dikenal pasti sebagai lokasi pelaksanaan untuk dijadikan dapur berpusat.
Di peringkat Kerajaan Negeri, pelaksanaan akan diselaraskan oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) dan Hijrah. – MalaysiaGazette