Home Dunia Covid-19: Perancis rekod lebih 10,000 kematian

Covid-19: Perancis rekod lebih 10,000 kematian

Kes jangkitan Covid-19 di Perancis masih belum sampai kemuncak meskipun angka kematian sudah melepasi 10,000. foto Agensi

PARIS – Jumlah kematian akibat koronavirus di Perancis meningkat melebihi 10,000 orang.

Angka terkini menunjukkan sebanyak 10,238 orang mati akibat virus itu sejak 1 Mac lalu.

Dalam 24 jam lalu, sebanyak 607 kematian direkodkan di hospital-hospital dan 820 lagi di pusat penjagaan.

Perancis telah melaksanakan sekatan perjalanan sejak 15 Mac lalu, mereka yang ingkar akan dikenakan denda.

Pada hari Selasa, Paris melarang sama sekali mana-mana individu daripada melakukan senaman di luar rumah mulai jam 10 pagi hingga 7 malam.

Peraturan baru itu dikuatkuasakan selepas orang ramai mengambil peluang cuaca cerah berlari dan berjalan di taman-taman meskipun dalam kawalan polis.

Walaupun epidemik itu masih berada fasa menaik, Pengarah Kesihatan, Jerome Salomon berkata, kes Covid-19 masih belum capai kemuncak.

Sebaliknya, terdapat tanda-tanda perlahan.

Ini kerana, kes-kes kritikal hanya sebanyak 59 pada hari sebelumnya berbanding 518 kes, susulan senarai pesakit kritikal berkurangan. – MalaysiaGazette